Pages

Search This Blog

Tafsir Quran Resm Othmani

HUBUNGI SAYA

Wednesday, February 23, 2011

HARTA BEN ALI




Video mengenai harta yang dikumpul oleh bekas Pemimpin Tunisia...






Duit Dolar, Turkey, Lubnan dan banyak lagi yang disimpan oleh Ben Ali... Inilah antara fitnah dunia...Pati ada yang berpendapat, " Duit banyak nak buat apa?" Tapi itulah antara sifat dan kelemahan manusia.. Pasti tidak akan merasa cukup dengan apa yang ada....sebagaimana firman Allah di dalam surah At Takaatsur yang kita baca dan telah kita hafal masa kecik-kecik dulu dan kurang ingat sekarang ini... Yang membawa maksud...

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

1. kamu telah dilalaikan (daripada mengerjakan amal bakti) oleh perbuatan berlumba-lumba untuk mendapat Dengan sebanyak-banyaknya (harta benda, anak-pinak pangkat dan pengaruh), -
2. sehingga kamu masuk kubur.
3. jangan sekali-kali (bersikap demikian)! kamu akan mengetahui kelak (akibatnya Yang buruk semasa hendak mati)!
4. sekali lagi (diingatkan): jangan sekali-kali (kamu bersikap demikian)! kamu akan mengetahui kelak akibatnya Yang buruk pada hari kiamat)!
5. Demi sesungguhnya! kalaulah kamu mengetahui - (Apa Yang kamu akan hadapi) - Dengan pengetahuan Yang yakin, (tentulah kamu akan mengerjakan perkara-perkara Yang menjadi bekalan kamu untuk hari Akhirat).
6. (ingatlah) Demi sesungguhnya! - kamu akan melihat neraka Yang marak menjulang.
7. selepas itu - Demi sesungguhnya! - kamu (Wahai orang-orang Yang derhaka) akan melihatnya Dengan penglihatan Yang yakin (semasa kamu dilemparkan ke dalamnya)!
8. selain dari itu, Sesungguhnya kamu akan ditanya pada hari itu, tentang Segala nikmat (yang kamu telah menikmatinya)!

Kita telah baca tentang Firaun, Namrud yang berkuasa. Qarun yang mana diceritakan dan dirakamkan di dalam al-Quran tentang banyaknya harta yang dimilikinya. Namun begitu segala-galanya itu tidak membawa apa-apa makna dan kelebihan. Semoga kita selamat daripada fitnah harta sebagaimana Nabi Sulaiman a.s yang kaya tetapi bersyukur dan takut kepada Allah s.w.t...Sebagaimana sahabat nabi Abdul Rahman bin Auf antara mereka yang dijanjikan syurga oleh Allah s.w.t.... Semoga kita tidak diuji dengan ujian yang berat dan tidak mampu kita hadapi... Amin.

Saksikanlah pendedahan ini, saya yakin walaupun berbahasa arab kita boleh faham yang memang banyak duit dia kumpulkan...Peti besi di belakang almari buku...


No comments:

Post a Comment