Pages

Search This Blog

Tafsir Quran Resm Othmani

HUBUNGI SAYA

Sunday, February 20, 2011

Yusof Qardawi Mengimamkan Solat Jumaat




Setelah jatuhnya empayar pemerintahan Mubarak... Kini rakyatnya perlu berusaha memperbaiki negara mereka. Tanpa cengkaman Mubarak .Semoga dengan adanya Ulamak mereka akan kuat dan bersedia Lihatlah situasi di mana Syeikh Yusof Qardawi mengimamkan jutaan rakyat mesir, ...Untuk makluman Syeikh merupakan rakyat Mesir yang hidup dalam buangan di Qatar... Selepas Mubarak turun Syeikh kembali mengimamkan Solat Jumaat kepada jutaan rakyat Mesir



Pada rakaat pertama Fadhilatul Syeikh telah membaca surah al-An'am ayat yang ke 42 sehingga 45 m.s 132-133 Quran Rasm Othmani Yang Membawa Maksud...
42. dan Demi Sesungguhnya Kami telah utuskan Rasul-rasul kepada umat-umat Yang dahulu daripadamu (lalu mereka mendustakannya), maka Kami seksakan mereka Dengan kebuluran dan penyakit, supaya mereka berdoa (kepada kami) dangan merendah diri (serta insaf dan bertaubat).
43. maka Alangkah eloknya kalau mereka berdoa kepada Kami Dengan merendah diri (serta insaf dan bertaubat) ketika mereka ditimpa azab Kami? tetapi Yang sebenarnya hati mereka keras (tidak mahu menerima kebenaran), dan Syaitan pula memperelokkan pada (pandangan) mereka apa Yang mereka telah lakukan.
44. kemudian apabila mereka melupakan apa Yang telah diperingatkan mereka dengannya, Kami bukakan kepada mereka pintu-pintu Segala kemewahan dan kesenangan, sehingga apabila mereka bergembira dan bersukaria Dengan Segala nikmat Yang diberikan kepada mereka, Kami timpakan mereka secara mengejut (dengan bala bencana Yang membinasakan), maka mereka pun berputus asa (dari mendapat sebarang pertolongan).
45. lalu kaum Yang zalim itu dibinasakan sehingga terputus keturunannya. dan (dengan itu bersyukurlah kerana musnahnya kezaliman, Dengan menyebut): "Segala puji tertentu bagi Allah Tuhan Yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam".

Pada rakaat kedua Fadhilatul Syeikh telah membaca surah al-Fajr ayat 1 - 14 m.s 593 Quran Rasm Othmani

Yang membawa maksud...

1. Demi waktu fajar;
2. dan malam Yang sepuluh (yang mempunyai kelebihan di sisi Allah);
3. dan bilangan Yang genap serta Yang ganjil;
4. dan malam, apabila ia berlalu; -
5. Bukankah Yang demikian itu mengandungi sumpah (yang diakui kebenarannya) oleh orang Yang berakal sempurna?
6. (Kami tetap akan membinasakan orang-orang Yang menentangmu Wahai Muhammad), tidakkah Engkau perhatikan, Bagaimana Tuhanmu telah melakukan terhadap kaum Aad (yang kufur derhaka)
7. Iaitu penduduk "Iram" Yang mempunyai bangunan-bangunan Yang tinggi tiangnya, (sesuai Dengan penduduknya)
8. Yang belum pernah diciptakan sepertinya (tentang besar dan kukuhnya) di Segala negeri (pada zamannya)?
9. dan (terhadap) kaum Thamud Yang memahat batu-batu besar di lembah (Wadil-Qura Iaitu tempat tinggalnya)?
10. dan (terhadap) Firaun Yang Menguasai bangunan-bangunan Yang handal kukuh?
11. (semuanya itu ialah) orang-orang Yang telah bermaharajalela di negeri (masing-masing).
12. lalu mereka melakukan Dengan banyaknya kerosakan dan bencana di negeri-negeri itu.
13. Dengan Yang demikian, Tuhanmu mencurahkan ke atas mereka berbagai paluan azab;
14. Sesungguhnya Tuhanmu tetap mengawas dan membalas, (terutama balasan akhirat)

Kemudian membaca doa....

No comments:

Post a Comment