Pages

Search This Blog

Tafsir Quran Resm Othmani

HUBUNGI SAYA

Monday, March 14, 2011

HEBATKAH MANUSIA





Ketika Allah berfirman kepada malaikatnya tentang penciptaan manusia yang akan ditugskan untuk menjadi khalifah di muka bumi malaikat bertanya kepada Allah mengapa manusia yang sering malakukan kerosakan dan menumpahkan darah dijadikan khalifah di muka bumi sedangkan mereka malaikat sentiasa bertasbih dan memuji Allah. Allah berfirman "Aku lebih tahu tentang apa yang kamu tidak tahu"

Petikan Dari Surah al-Baqarah":

30. dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi". mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu Dengan berkata): "Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang Yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal Kami sentiasa bertasbih Dengan memujiMu dan mensucikanMu?". Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa Yang kamu tidak mengetahuinya".
31. dan ia telah mengajarkan Nabi Adam, akan Segala nama benda-benda dan gunanya, kemudian ditunjukkannya kepada malaikat lalu ia berfirman: "Terangkanlah kepadaKu nama benda-benda ini semuanya jika kamu golongan Yang benar".
32. malaikat itu menjawab: "Maha suci Engkau (Ya Allah)! Kami tidak mempunyai pengetahuan selain dari apa Yang Engkau ajarkan kepada kami; Sesungguhnya Engkau jualah Yang Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana".
33. Allah berfirman: "Wahai Adam! Terangkanlah nama benda-benda ini semua kepada mereka". maka setelah Nabi Adam menerangkan nama benda-benda itu kepada mereka, Allah berfirman: "Bukankah Aku telah katakan kepada kamu, bahawasanya Aku mengetahui Segala rahsia langit dan bumi, dan Aku mengetahui apa Yang kamu nyatakan dan apa Yang kamu sembunyikan?".


Ini menunjukkan bahawa manusia itu makhluk pilihan Allah. Kita lihat manusia mampu membina tamadun berbeza dengan makhluk Allah yang lain. Sehingga pada hari ini manusia dapat mencipta benda yang dapat membawa mereka ke bulan, alat yang dapat melihat objek yang sangat jauh bahkan yang sangat kecil. Memang manusia hebat. Namun begitu Allah sering memberi peringatan melalui utusanNya supaya jangan angkuh sombong dan perlu patuh pada perintahnya, kehendakNya dan ketentuanNya. Sekiranya mereka berpaling Allah s.w.t pasti akan melaknat mereka dan akan menghukum mereka.
Bahkan banyak manusia yang bertamadun tinggi telah dimusnahkan oleh Allah s.w.t. Kita masih boleh melihat kesan atau tinggalan kaum yang telah diazab Allah ketika di dunia ini lagi. Sebagai contoh laut mati yang mana asalnya merupakan tempat tiggal kaum kepada Nabi Lut yang telah melakukan kesalahan antaranya hubungan sesama jenis.Nabi Lut telah memberi peringatan dengan mengajak mereka beriman dan tidak melakukan perbuatan terkutuk itu. Tetapi mereka membantah apa yang dibawa oleh Nabi Lut ini. Akhirnya mereka telah diazab oleh Allah kerana keingkaran mereka dan pendustaan mereka terhadap nabi utusan Allah s.w.t

Perlu manusia sentiasa memberi peringatan pada diri mereka bahawa sehebat mana kapandaian mereka mereka perlu akur kepada Allah s.w.t yang telah menjadikan mereka hidup di dunia ini.


Jepun dan Tsunami

Pada hari Jumaat 11.03.2011 dunia dikejutkan dengan gempa bumi di negara yang terkenal dengan kehebatan teknologi. Mereka banyak mencipta alat, kereta, jentera, gadget dan berbagai lagi. Malah di dalam rumah kita sendiri kita gunakan hasil tangan orang Jepun ini. t.v, kipas, microwave, alat pemanas air dan sebagainya. Namun begitu, sehebat mana pun ketinggian teknologi mereka tidak dapat menghalang kekuasaan Allah s.w.t. Dengan hanya tidak sampai beberapa jam bencana yang melanda telah meranapkan dan menggegarkan negara ini.

Pengajaran

Manusia perlu kembali kepada Allah dan merendahkan diri mereka kepada Allah tanpa mendabik dada dengan keilmuan yang ada pada mereka. Sehebat mana juga manusia tak terdaya melawan kehendak Allah s.w.t

No comments:

Post a Comment