Pages

Search This Blog

Tafsir Quran Resm Othmani

HUBUNGI SAYA

Friday, February 11, 2011

MURIDKU BERPUASA NAZAR

Memenuhi nazar adalah wajib hukumnya. Selama nazar tersebut berupa ketaatan kepada Allah SWt. dalam sabda Rasulullah Saw:



من نذر أن يطيع الله فليطعه ومن نذر أن يعصيه فلا يعصه (رواه البخاري ومسلم

Barang siapa yang bernazar untuk taat kepada Allah, maka hendaklah mentaati-Nya, dan barang siapa yang bernazar untuk bermaksiat kepada Allah, maka janganlah ia bermaksiat kepadaNya (HR. Bukhori dan Muslim).

Dalam perjalanan pulang selepas habis bertanding pertandingan pingpong hari selasa lepas rasa bersyukur kerana murid yang masuk ada yang mendapat johan dan naib johan.. Pasukan pelapis sekadar mendapat pengalaman dengan menyertai pertandingan yang diadakan. Ini adalah hasil usaha jurulatih dan murid itu sendiri. Saya sekadar tolong iring pergi ke pertandingan. :)

Dalam perjalanan untuk hantar murid balik rumah, ada satu peristiwa yang menarik untuk saya kongsi di sini. Murid yang mendapat tempat kedua dalam kejohanan tadi sebenarnya merupakan johan merentas desa peringkat sekolah baru-baru ini... Kawan-kawannya yang lain beritahu yang dia telah berpuasa sehari selepas menang merentas desa. Dapat Naib johan tak puasa ke? tak jawabnya sebab dia nazar kalau johan baru dia puasa. Murid tersebut merupakan murid tahun 6 di sekolah.

Alhamdulillah.. ada jugak murid yang berpuasa nazar. teringat kepada Madihah yang mengamalkan puasa sejak dari darjah 6 lagi. Amal yang dapat mendekatkan lagi diri kepada Allah.
Semoga kita dapat meniru amal yang baik ini. Bersyukur kepada Allah selepas mendapat anugerah dan kejayaan.

No comments:

Post a Comment