Pages

Search This Blog

Tafsir Quran Resm Othmani

HUBUNGI SAYA

Monday, February 14, 2011

HARAM MENYAMBUT HARI VALENTINE DAY

Haram menyambut hari valentine day. Khutbah Jumaat di Selangor menyentuh tentang perkara ni. Khatib menjelaskan dengan sejelas-jelasnya kepada jemaah. Jemaah pun

mendengar dengan penuh khusyuk watawadduk... mengenai sejarah valentine .. valentine merupakan seorang paderi yang telah jatuh cinta dengan anak kepada seorang pengawal penjara ketika berada di dalam penjara. Sebelum dia mati dia sempat mengutus surat kepada kekasih hatinya. Disebabkan ini pada tarikh 14 Februari disambut hari memperingati kekeasih sempena dengan nama valentine ini.

Umat Islam di setiap negara tidak digalakkan menyambut perayaan ini kerana ia akan menyerupai orang kafir menerusi perayaan berskala seni ini.

Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-71 yang bersidang pada 22 hingga 24 November 2005 memutuskan: “Bahawa amalan merayakan Valentine’s Day tidak pernah dianjurkan oleh Islam”.

Kebiasaannya, pasangan yang belum berkahwin menyambut perayaan berskala seni ini akan berakhir dengan aktiviti maksiat seperti berzina, sehingga terjadinya kes melahirkan anak luar nikah, menggugurkan anak dan seumpamanya.

No comments:

Post a Comment